Posted by : Hazamee
Saturday, August 16, 2014
"Kadang-kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu yang amat bermakna kepada diri kita untuk sesuatu yang lebih baik"
Assalamualaikum..
Sekolah macam biasalah, bosan ~ Kat kelas haritu Tasya ada suruh aku search kat internet pasal ' Yasmin J Hunwick' tapi aku tak search pun :P And then , semalam Tasya bawak kat sekolah novel tu dia tunjuk kat aku. Nampak macam interesting je, so aku decide nak pinjam ...
First of all, aku nak mintak korang tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Yasmin J Hunwick sebelum aku start cerita pasal arwah...
Actually pemergian arwah baru saja lagi..3 Jun 2012...Kalau korang try search pun nama arwah memang banyak sangat cerita berkenaan dengan kematian arwah.. Trending search kat twitter, blog mahupun facebook memang mencapai rate yang sangat tinggi..
Arwah baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni, tapi ajal semua di tangan Allah kan..malang memang tak berbau..Ok first dengar nama arwah mesti korang terfikir siapa dia ni? Penting ke untuk tahu?Ya sangat-sangat penting~
Kisah kematian arwah sangat tragis..Tambahan pulak arwah saudara seislam kita kan..so tak salah kalau kita ambil tahu..Ye memang arwah ada berdarah keturunan Inggeris bila dengar nama pun dah taw kan..Yasmin J Hunwick hanya nama samaran saja ye..
Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff
Kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah
Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick
Petikan Berita - Bernama
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama
Klik sini "Her Illusionist" untuk ke blog arwah yang kini diselenggara oleh ibunya sebagai tanda kenangan.
Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya
Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh
Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian
Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama
Tempat persemadian arwah
Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff : 22 February 1995 - 3 June 2012
-Al-Fatihah-
Kredit to : http://misschronicz.blogspot.com/ dan http://msmypalestine.blogspot.com/