Archive for January 2015




 Assalamualaikum, Whats up? Well, nothing much actually..Currently I'm just gaming and helping my parent with housework. Maklumlah dah habis sekolah, budak-budak kelas aku semua senyap. Ada yang dah bekerja ada yang duduk rumah tolong mak ayah(Macam aku). Aku sebenarnya malas nk cari kerja..Tak bersedia. Tahun ni Aku rasa sangat sedih dan sunyi. Entahlah, mungkin sebab aku belum bersedia nak tinggal zaman-zaman sekolah aku dulu and maju kehadapan? I'm trying but I need time, maybe.. Entah macam manalah future & cita-cita aku nanti.


  Cakap pasal cita-cita..Hmm, aku tak tau nak jadi apa. Masa sekolah rendah dulu aku nak jadi Hacker la, ahli bomba la,magician la. Yelah dulu budak-budak kan, mestilah banyak berangan. Masuk je Sekolah menengah plak nak jadi computer programmer, ahli bomba, askar. By the way, bila korang dah masuk form 4. Cita-cita korang akan jadi tak tentu hala, macam.. Korang kena set balik cita-cita korang berdasarkan minat & ilmu pengetahuan yang korang belajar masa form 4 hinggalah form 5. Depends pada sesetengah pelajar la.

  And then pasal University/College. Masa form 4/5, Ibu bapa & cikgu korang mesti akan tanya "Lepas tamat sekolah nanti kamu nak menuju ke mana?" Soalan yang agak mencabar yang di lontarkan oleh mereka. Aku belum decide lagi nak kemana.. ||orz


  To teachers & student batch 97 at SMK Engku Husain, I miss you all !! I hope you all are in the pink :P Well, everyone seems busy with their life now I guess. I miss the moment when we had fun in class, sports day, during exam and all other activities at school.
Anyway! I can't wait to see my SPM result soon. Semoga batch 97 dapat result yang lulus. Amin! 

" We all change. When you think about it, we are all different people, all through our lives and that’s okay, that’s good! You've gotta keep moving, so long as you remember all the people that you used to be "
-Hazamee-

Time waits for no one

Posted by : Hazamee 0 Comments

Assalamualaikum ♥

  This is my first time joining Dota 2 tournament, kinda nervous at first but it turns out excited! Maybe sebab tak sabar sangat kot. Mula-mula aku dah risau, sebab tengah tak ada team, so aku cuba recruit player. Apalagi, nampak je Nuryn online aku terus tegur & ajak dia ! Sorry !
So, dah lepas dah cukup kan player kitaorng bincang pasal 'Role' & 'Strategy' untuk game nanti. 
 Well, team aku kalah at final..agak kecewa(sangat). Tak mampu nak lawan, lagipun team AR ni baru buat. So, takkanlah boleh lawan team-team yang berpengalaman. Apa-apa pun aku bersyukur, atleast team aku berjaya masuk ke final !

List member in Azure Reaper :
★ Captain: AR.Haseo (Aku)
Role: Carry / Mid

★ AR.Ryn
Role: Support 

★ AR.SmD
Role: Mid / Carry

★ AR.PetakImba_
Role: Offlane 

★ AR.Funzai
Role: Semi Support

First game

[ RK defeated by AR ]

Semi Final

[ EU defeated by AR ]
( Match paling aku suka )

Final Game

[ AR defeated by JJ ] 


Thanks Mynime for the tournament !

Mynime Dota 2

Posted by : Hazamee 0 Comments


Photo:(c) owner

Duka , resah , kecewa atau putus asa akibat ditimpa musibah dari Allah swt , maka beristighfarlah selalu , sebagaimana sabda baginda Muhammad saw yang bermaksud tidak ada satu musibah atau cubaan yang menimpa seorang muslim melainkan dosanya dihapuskan oleh allah kerananya musibahnya itu,sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri (Riwayat muslim daripada Aisyah r.a)
sebagaimana firman Allah

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. "(al baqarah ayat 155 .156dan 157).

Mudah mudahan hati kita kembali insaf , tunduk dan akur . hakikatnya tidak ada sesiapa pun yang boleh meramal takdir , kerana nasib dan takdir setiap  orang adalah berbeza . dituntut keatas kita ialah agar bersabar , pasrah dan redha selain tetap perlu berusaha menyelesaikan apa yang patut diselesaikan dengan ikhtiar dan juga doa.kemudian berserahlah dan bertawakallah kepada yang maha esa.setiap inchi kesabaran dan usaha itu ada ganjaran yang berganda ganda dari Allah yang maha mengetahui segala galanya.

Alangkah besarnya rahmat Allah terhadap hamba hambanya yang diuji dengan pelbagai musibah dan penderitaan,bukan sekadar diberi pahala malah dihapuskan pula dosa dosa dari buku catatan si hamba . Memang tiada apa yang sangat diharap harapkan oleh seorang hamba yang berdosa selain keampunan dan rahmat darinya . Namun kita mengerti setiap benda yang indah dan bernilai tinggi memang tidak akan diperolehi dengan mudah , Biar betapa berat sekalipun mata yang memandang dan betapa berat lagilah tubuh yang menanggung penderitaan , Demikian adalah proses penilaian dan pembersihan dosa yang sedang dilakukan olehnya.

Nasib dan takdir manusia berbeza

Posted by : Hazamee 0 Comments

- Copyright © 2013 Konnichiwa - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -