Posted by : Hazamee Thursday, November 27, 2014

Assalamualaikum Semua!! 



SPM dah habis, maka sekolah pun dah berakhir. So, apalagi ! jamuan kelas untuk hari terakhir sekolah! Best day ever !! Aku rasa gembira,sedih & macam-macam lah perasaan yang ada.. Yelah kan, nanti dah tak sekolah,confirm rindu nak ada homework, exam, kawan-kawan... I'm gonna miss everything at SMK Engku Husain !

Terima kasih banyak2 kepada cikgu-cikgu especially cikgu kelas Pn. Ruhaya(4P2) & Pn. Hazlizati(5P2) kerana sudi mengajar kami walaupun kami tetap nakal. Jasa cikgu akan selalu kami kenang. Doakan supaya kami berjaya nanti..

From left: Shira, Masrina, Pn.Ruhaya & Me.

Bersama cikgu kelas, Pn Hazlizati.

Bersama cikgu Hazlizati & cikgu Hafidah

'Nakalnya kami memang sangat dikenali
Lari-lari panjat almari
Semua budak pun kami buli
Kerja sekolah semua kami tak peduli

Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang kami sangat rindu'
Terima Kasih Cikgu / Guru
'Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of their students'
And for 5P2 Students:
I think if I’ve learned anything about friendship, it’s to hang in, stay connected, fight for them, and let them fight for you. Don’t walk away, don’t be distracted, don’t be too busy or tired, don’t take them for granted. Friends are part of the glue that holds life and faith together. I can't forget the fun we've had laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny people think we're insane-If they only knew! I guess this is my way of saying thanks for catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend.

About SMK Engku Husain

New_Picture_1
SMK Engku Husain dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Semenyih. Ia ditubuhkan pada 06 Januari 1975. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama seorang tokoh tempatan Raja Husain bin Raja Laut yang telah meneroka dan membangunkan kawasan Semenyih.
New_Picture_2
Raja Husain yang bergelar Dato’ Laksamana Sungai Ujong pada waktu itu mengetuai satu angkatan dengan tujuan untuk membuka kawasan baru yang berdekatan dengan sempadan negeri Selangor iaitu Semenyih dan Beranang pada tahun 1855. Nama Sekolah Engku Husain ini dirasmikan pada bulan Januari tahun 1982. Pada tahun tersebut sekolah inilah satu-satunya sekolah di kawasan Semenyih yang menawarkan pendidikan di peringkat menengah. Rancangan membina sekolah semakin mendesak apabila semakin ramai pelajar dari kawasan ini terpaksa dihantar keluar kawasan untuk mendapatkan pendidikan sekolah menengah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 Konnichiwa - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -