Posted by : Hazamee Saturday, September 6, 2014


Korang tau apa maksud Anime?? Anime ni adalah citer kartun keluaran Jepun. Kartun dia tak sama macam kartun omputeh... Dan ramai remaja yang tak faham kenapa ssetengah remaja minat sangat layan anime. Anime bukan untuk budak2 je, orng tua2 pun tengok tau. Kadang2 ada yang cakap..."ko ni layan kartun macam bebudak lah!"... Kan?? Meh nak citer kat korang.. 

Kartun Jepun yang dipanggil Anime nie.. Tak sama macam BoboiBoy dan Spongebob. Bezanya ialah jalan cerita dia.. Anime nie kebanyakannya bawak jalan citer yang berterusan... Dari kecik sampai la dia besar...

Dalam Anime jugak diselit bermacam unsur lain seperti Emosi, lawak, aksi dan sebagainya. Jalan citernye adalah continuous. Bersambung dari awal hingga ke akhir.. tu perbezaan ketara antara Anime dengan kartun-kartun yang lain.



Dalam siri Anime ada diselitkan unsur-unsur motivasi dan nasihat.... kebanyakannya memberi inspirasi dan galakan kepada yang takde apa-apa bakat...yang tidak cemerlang dalam apa-apa bidang yang diceburi.... supaya berusaha lebih... Bakat tak menjamin masa depan.. Usaha tu lebih penting... Kebanyakannya itu yang cuba diterapkan dalam siri Anime.

Tengok la apa jua jenis siri Anime....korang akan perasan yang watak utama biasanya ada dua jenis watak... Seorang nie macho giler ada bakat semulajadi, disukai wanita, jenis yang sempurna dan sorang lagi jenis yang nakal....sengal-sengal sikit.. Takde bakat dan dibenci pada awalnya.. Jenis yang selalu diejek dan dihina.... 

Lama-kelamaan si sengal nie akan menyaingi si macho sehingga dirinya dihormati kerana usahanya. Kebanyakannya macam nie. Unsur cintan yang minimum tetapi unsur motivasi yang maksimum. Unsur kekeluargaan pun ada dibangkitkan.


Ada jugak yang bawak jalan citer yang berat.... melibatkan cerita legenda  yang diubahsuai mengikut kesesuaian.... Menyelitkan prinsip atau ideologi kehidupan sesuatu watak yang jauh menyimpang kerana tamakkan kuasa atau kerana disisihkan....

Aku start minat anime ni since form 2 ( slepas aku layan citer2 kamen rider :P )  Tapi aku tak layan semua anime lah sebab banyak sangat nak dilayan nanti..... Aku cuma layan Naruto ShippuudenShingeki no Kyojin, Sword Art Online, Kuroko no Basket dan lain-lain.


Dan akhir skali....

Layan Anime tu....jangan dilayan Hentai!!


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 Konnichiwa - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -