Posted by : Hazamee Wednesday, August 3, 2016

Pantun khas untuk rakan-rakan kelas ku.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam kami buat semua,
DTK 2A kelas ternama,
Harap berhibur bersama-sama.

18 orangnya jumlah ahlinya,
Setiap orang beza ragamnya,
Tetapi itulah keunikannya,
Bak kata Astro macam-macam ada.

Puan Intan Shaffinaz ibunda kami,
Orangnya cantik happy so lovely,
Mengajar Electrical Circuit yang susah sekali,
Menasihati supaya mengulang kaji.

Kapten kami suka berbunyi,
Itulah Fahmi siapa lagi,
Di dalam kelas tak kenal sunyi,
Semua siaran radio ada disini.

Kobek gelaran yang diberi,
Itulah Luqman yang kami sayangi,
Nizam Apollo si nakal ini,
Bila berdebat susah berhenti.

Wajah hensem pandai bergaya,
Di sekeliling pinggang ada gadis,
Itulah Rahim kuat berfoya,
Watak mahal bagaikan kereta mercedis.

Afiq dan Nurin comel orangnya,
Pemalu pendiam itulah sikapnya,
Tidak lupa Fitri juga,
Selalu memecah sunyi dialah orangnya.

Pelajar cemerlang di kelas kita,
Ilmu diminta boleh diberi,
Fikri Hakim tidak terkata,
Nak straight A hanya petik jari.

Ratu Runningman di kelas kami,
Apabila mencari lincah sekali,
Athirah nama diberi,
Boleh ajak kami berselfie sesekali?

Rambutnya panjang dijaga rapi,
Si gadis Bollywood Uhanandini,
Orathai juga tidak dilupai,
Orangnya sweet dan boleh dibuat bini.

Duduk di kelas hadapan sekali,
Datang ke poli dengan harapan tinggi,
Itulah dia si Hazamee,
Nampak pendiam tetapi garang sekali.

Ada sepasang bestie ini,
Sering berkongsi masalah dihadapi,
Bila bergurau ganas sekali,
Nasyitah dan Shammira penghibur kami.

Gadis jelita tampil bergaya,
Itulah Aina comel wajahnya,
Azila, Shazreen bagaikan cahaya,
Berkawan baik peramah orangnya.

Di dalam kelas sering ketawa,
Bila bersembang tiada hentinya,
Hasif dan Iwan empunya nama,
Namun belajar sering berjaya.

Sekian sahaja cerita ini,
Salah silap mohon diampuni,
Biarlah persahabatan kekal abadi,



Kalau tak puas hati mai habaq kat kami.

-Hazamee

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 Konnichiwa - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -