Archive for August 2016



Assalamualaikum ~ ! Konbanwa ~ ! 

  Tajuk bunyi seronok kan? Of course! Menembak kan, siapa tak suka! Latihan menembak buat dekat Lapang Sasar Bukit Pinang, Alor Setar.  First time menembak waktu kursus APMS dulu. Kira ada pengalamanlah juga.



 So, first day masa latihan menembak tu kami buat 2 round. Round pertama tembak sasaran pada jarak 100meter sambil meniarap(5 butir peluru). Round kedua tembak sasaran pada jarak 100meter dalam 4 kedudukan iaitu meniarap, duduk, melutut dan berdiri dengan kiraan masa sendiri(20 butir peluru). Masa menembak tu tembak biar masuk sasaran tu even tak kena dalam bulat yang tengah-tengah. Ada markah kot even tak masuk bulat tengah tu.. Total markah aku bagi hari pertama 57, markah tertinggi dalam kumpulan. Nasib je tu sebab round pertama dapat 1 je dalam bulat dekat no 4, round kedua pula aku dapat tembak 19/20 dalam sasaran. Banyak main cs:go la ni. :P  



 Then, second day pula sambung menembak sasaran pada jarak 100 meter dalam 4 kedudukan juga tapi masa dia bagi. Nasiblah kalau yang tak sempat tembak tu. Round ni aku dapat tembak 15/20 dalam sasaran. So ditotalkan entah macam mana aku tak ingat, maka dapat 109. Markah yang tertinggi bagi antara lelaki iaitu Asyraf, Aku, Hafidz & Aizrul. So, kami terpilih untuk menembak piring. Untuk menembak piring pulak, kami berempat satu team. So, kami namakan team kami.. HaHa Ranger

H - Hazamee
A - Asyraf 
H - Hafidz
A - Aizrul

First round bagi menembak piring tu kami menetang Team Wolverine dan menang. Tapi kami dikalahkan oleh Team Deadpool pada round kedua. Itu pun kami hampir-hampir nak menang! lambat satu saat je piring nak jatuh. Huhuhu..Frustlah juga rasa. >w<

Geng penembak piring. 

Bersama Abam Hafidz & Abe Syakirin

Bersama Kpl Asilah & Acap


Sorry ladies, I screwed your pic :'D

Abam Amir, Azreen, Akmal & Amirin

Show off kejap. :P

Latihan Menembak

Posted by : Hazamee 0 Comments
Kisah yang aku reka berdasarkan budak-budak kelas aku.

Papan spirit of the coin diletakkan di atas meja. Lilin dihidupkan. Nizam memeluk tangan Luqman. Takut mungkin. "Hang ni Nizam, aku meluat tengok hang. Tadi nak ikut sangat. Buthor". kata Luqman dengan nada yang tinggi. Athirah dan Nurin hanya menggeleng kepala. "Dah dah , jom mulakan." Aku bersuara. Kami meletakkan satu jari di atas duit syiling yang berada di atas papan tu. Luqman mula membaca mentera. Tiba-tiba syiling bergerak dari satu huruf ke satu huruf membentuk 'B-U-T-H-O-R-E-S-O-K-K-U-I-Z'. Afiq menarik jarinya. "Afiq!! Buthor pak hang!" Luqman tengking. Sejurus Afiq menarik jarinya, satu lembaga muncul yang berpakaian Secret Garden ala2 tema Dinner Kamsis minggu depan. Kbye. #HabisIdea

Cerpen Sem 1

Posted by : Hazamee 0 Comments

Congratz Fnatic! Okaylah dapat tempat ke-4. Satu pencapaian yang amat membanggakan dalam sukan esports malaysia terutama Dota 2. Terima kasih Fnatic kerana menunjukkan perubahan positif berbanding sebelum ini. Kami harap Fnatic akan terus memenangi tour2 yang akan datang dan kami akan terus menyokong FnaticStay awesome Fnatic!



This part is the one that makes Dendi as part of my Gaming Idol.


Tahniah kepada diri sendiri sebab blog cecah 10k views > w <



Tahniah Fnatic !

Posted by : Hazamee 0 Comments
One day, all of us will get  separated  from each other; we will miss our conversations of everything & nothing; the dreams that we had. Days will pass by, months, years, until this contact becomes rare... One day our children will see our pictures and ask 'Who are these people?' And we will smile with invisible tears  because a heart is touched with a strong word and you will say: 
'IT WAS THEM THAT I HAD THE BEST DAYS OF MY LIFE WITH'.
Thank you for making me smile for sometime in my life.
And It's been awhile, I'm gonna miss you all from now.

Memories That Will Remains Forever

Posted by : Hazamee 1 Comment
Assalamualaikum semua~! Konbanwa (Selamat Petang)!
PTSB is Love, PTSB is Life ~ Tak menyesal aku masuk sini. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Poli ni dekat area Hi-Tech Kulim, tak adalah macam Bandar sangat area sini. More to luar bandar. Yep. Harapan ku musnah apabila ingatkan macam dekat KL. LOL

Aku masuk sini during Sesi Jun 2015. So insya Allah akan habis around Disember 2017. Sekarang sem 3, another 3 sem to go.  Aku kat sini aku ambik kursus :
[ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ]
Subjek dalam kursus ni tough lah juga dengan litar-litar elektrik & alat bagai. But it’s fun you know learning all that. Something new that I can learn. Yes, aku suka benda-benda baru. Especially bab ilmu.

Aku mula-mula rasa menyesal juga sebab masuk sini atas beberapa sebab. Bukan apa, permulaankan? Sem 1 kelas aku memang bermasalah. Hidup berpuak, tikam belakang. rage sana sini. Standard student life lah kan? Like I said, itu semua permulaan.
If you guys read this: Yes, aku dulu memang ada benci korang. Tapi benci tu tak kekal. Aku sayang korang. Kita bertemu pun mesti ada sebab? Time tu aku still tak biasakan lagi dengan perangai korang. Aku ni jenis..well tak social, so faham2 lah.. Aku harap kita graduate sama-sama. Amin. 


Aku dapat gelaran kat sini, iaitu En. Akhyar. Sebab muka aku macam muka Encik Akhyar. En. Akhyar tu lecturer wataniah kami. Senior yang start panggil aku tu. Hahahahaha.

Kenangan Manis
  • Hangout dengan classmate/member gi Giant, Penang.
  •  Dapat buat ramai kawan & kenalan.
  • Wataniah batch kitaorng dah macam family.
  •  Rindu roommate sem 1 & sem 2 QwQ Take care Haffiz (dia dah berhenti) ~
  • Bahan lect, dak-dak kelas.
Kenangan Pahit
  •  Kena marah dengan lect sebab masuk kelas lambat
  • Dapat tahu kelas cancel bila dah siap2 keluar bilik ! :T
  •  Study dengan classmate last min time final exam
  • Aku dgn sorang classmate ni bangun lambat & miss kelas :P

Saya Student PTSB

Posted by : Hazamee 0 Comments
Pantun khas untuk rakan-rakan kelas ku.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam kami buat semua,
DTK 2A kelas ternama,
Harap berhibur bersama-sama.

18 orangnya jumlah ahlinya,
Setiap orang beza ragamnya,
Tetapi itulah keunikannya,
Bak kata Astro macam-macam ada.

Puan Intan Shaffinaz ibunda kami,
Orangnya cantik happy so lovely,
Mengajar Electrical Circuit yang susah sekali,
Menasihati supaya mengulang kaji.

Kapten kami suka berbunyi,
Itulah Fahmi siapa lagi,
Di dalam kelas tak kenal sunyi,
Semua siaran radio ada disini.

Kobek gelaran yang diberi,
Itulah Luqman yang kami sayangi,
Nizam Apollo si nakal ini,
Bila berdebat susah berhenti.

Wajah hensem pandai bergaya,
Di sekeliling pinggang ada gadis,
Itulah Rahim kuat berfoya,
Watak mahal bagaikan kereta mercedis.

Afiq dan Nurin comel orangnya,
Pemalu pendiam itulah sikapnya,
Tidak lupa Fitri juga,
Selalu memecah sunyi dialah orangnya.

Pelajar cemerlang di kelas kita,
Ilmu diminta boleh diberi,
Fikri Hakim tidak terkata,
Nak straight A hanya petik jari.

Ratu Runningman di kelas kami,
Apabila mencari lincah sekali,
Athirah nama diberi,
Boleh ajak kami berselfie sesekali?

Rambutnya panjang dijaga rapi,
Si gadis Bollywood Uhanandini,
Orathai juga tidak dilupai,
Orangnya sweet dan boleh dibuat bini.

Duduk di kelas hadapan sekali,
Datang ke poli dengan harapan tinggi,
Itulah dia si Hazamee,
Nampak pendiam tetapi garang sekali.

Ada sepasang bestie ini,
Sering berkongsi masalah dihadapi,
Bila bergurau ganas sekali,
Nasyitah dan Shammira penghibur kami.

Gadis jelita tampil bergaya,
Itulah Aina comel wajahnya,
Azila, Shazreen bagaikan cahaya,
Berkawan baik peramah orangnya.

Di dalam kelas sering ketawa,
Bila bersembang tiada hentinya,
Hasif dan Iwan empunya nama,
Namun belajar sering berjaya.

Sekian sahaja cerita ini,
Salah silap mohon diampuni,
Biarlah persahabatan kekal abadi,



Kalau tak puas hati mai habaq kat kami.

-Hazamee

Pantun DTK

Posted by : Hazamee 0 Comments

- Copyright © 2013 Konnichiwa - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -